Cari Blog Ini

Rabu, 27 Julai 2011

akhlak

Sabda Rasulullah s.a.w : " Akhlaq yang buruk merosakkan amal kebajikan seperti cuka yang merosakkan madu dan seperti api yang membakar kayu bakar." ( HR Ibnu Majah )

pemuda

Mohd Yusof Hadhari
Saidina Umar berkata kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Umar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah."
Umar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Umar pun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".
Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini...
 

menghapuskan puasa

Dari Anas r.a, Rasulullah ﷺ bersabda: "Lima perkara yang menghapuskan puasa (membatalkan pahala puasa) iaitu dusta, mengumpat, menghasut (memecah belah), membuat sumpah palsu dan melihat wanita yang bukan mahram dengan syahwat."

solat

SOALAN: Ustaz, kebiasaannya ceramah di masjid akan habis lewat. Kerana terlalu lewat, sekelompok muslimat telah membuat jemaah sendiri di belakang dan solat. Apa hukumnya, ustaz? Kerana ana pernah mendengar sesetengah orang mengatakan tidak boleh. Ini kerana di tempat solat tersebut ada lelaki dan muslimat tidak boleh menjadi imam.

Hukumnya adalah harus . Tempat situ memang ada lelaki tapi bukan lelaki itu sembahyang bersama-sama kita.Yang tak boleh perempuan jadi imam adalah sekiranya orang perempuan nak sembahyang bersama2 laki2.

Lagi satu ustaz....sekiranya ketika sekelompok muslimat tadi BARU HENDAK berjemaah, ada pula sekelompok muslimin yang sedang berjemaah di hadapan. Masih bolehkah muslimat ini membuat jemaah sendiri?

Ustaz: Ketika tu kena ikut kelompok muslimin tu sebab jaga maslahah hati. Begitu juga kes dua puak yg sembahyang lain2 kelompok yg dimana kedua2 puak itu lelaki .Seolah-olah kita rasa kita ni lebih hebat sehingga tak mahu ikut diorang. KALAU TAK IKUT, SAH TETAPI HARAM.

Begitulah serba sedikit perbualan antara ana(sunnah pejuang FB) dengan ustaz Abd Rahim MdShah, Pondok Pasir Tumboh. Moga bermanfaat buat semua.

orang soleh

Aku mencintai orang² soleh,bahkan aku mahu menjadi salah seorang darinya, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka..
Aku sangat benci orang² yang bermaksiat,walaupuan aku selalu melakukannya, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..

♥ أستغفـــــــر الله العظيـــــــم الذي لا اله الا هو الحي القيـــــــوم و أتـــوب اليــــه ♥

ramadhan-hadis

;"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan ganjaran pahala, maka di ampunkan dosa-dosa yang lepas dan akan datang." [HR Al-Bukhari]

Ramadan Kareem is approaching,let us all forgive each other and pray for our Ummah.

░ R░A░M░A░D░A░ N░░░K░A░R░E░E░M░

sabar

===" Dan Apabila menderita kesusahan ,Dia bersabar,ini merupakan
kebaikan baginya" === Riwayat Muslim

ramadhan kareeem

░ R░A░M░A░D░A░ N░░░K░A░R░E░E░M░

Ramadan Kareem is approaching,
let us all forgive each other
and pray for our Ummah.

░ R░A░M░A░D░A░ N░░░K░A░R░E░E░M░

Rabu, 20 Julai 2011

imam

Apabila kamu sedang solat dan ada orang datang memberi salam kepada kamu dalam keadaan dia tidak tahu kamu sedang menunaikan solat, maka janganlah dijawab akan salamnya dan cukuplah sekadar kamu memberi petanda bahawa kamu sedang solat dengan mengangkat tangan kamu.

Apabila kamu sedang solat sunat dan datang seseorang untuk jadikan kam...u imam padahal waktu itu kamu ingin solat sendirian dengan membaca surah yang panjang (mengulangi Quran), maka angkatlah tanganmu atau turunkan tanganmu sebagai isyarat kamu tidak mahu menjadi imam. Jika orang di belakang kamu (makmum) tidak memahami isyarat kamu itu, maka sebaik-baiknya ringkaskanlah solat kamu itu dan jadilah imam baginya.

Rujukan: Kuliyah Ustaz Mohd Kazim Elias bertajuk "Mahkamah Akhirat".