Cari Blog Ini

Rabu, 27 Julai 2011

solat

SOALAN: Ustaz, kebiasaannya ceramah di masjid akan habis lewat. Kerana terlalu lewat, sekelompok muslimat telah membuat jemaah sendiri di belakang dan solat. Apa hukumnya, ustaz? Kerana ana pernah mendengar sesetengah orang mengatakan tidak boleh. Ini kerana di tempat solat tersebut ada lelaki dan muslimat tidak boleh menjadi imam.

Hukumnya adalah harus . Tempat situ memang ada lelaki tapi bukan lelaki itu sembahyang bersama-sama kita.Yang tak boleh perempuan jadi imam adalah sekiranya orang perempuan nak sembahyang bersama2 laki2.

Lagi satu ustaz....sekiranya ketika sekelompok muslimat tadi BARU HENDAK berjemaah, ada pula sekelompok muslimin yang sedang berjemaah di hadapan. Masih bolehkah muslimat ini membuat jemaah sendiri?

Ustaz: Ketika tu kena ikut kelompok muslimin tu sebab jaga maslahah hati. Begitu juga kes dua puak yg sembahyang lain2 kelompok yg dimana kedua2 puak itu lelaki .Seolah-olah kita rasa kita ni lebih hebat sehingga tak mahu ikut diorang. KALAU TAK IKUT, SAH TETAPI HARAM.

Begitulah serba sedikit perbualan antara ana(sunnah pejuang FB) dengan ustaz Abd Rahim MdShah, Pondok Pasir Tumboh. Moga bermanfaat buat semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan