Ghibah atau mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.
Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila
kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang
dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar ...bertaubat.
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan
kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah
S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih
berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia
bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang
melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang
yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri
pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan
membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi
belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan
jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang
mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan
dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"
(Hadis riwayat Abu Daud).
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut
besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah
dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku,
dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak
pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala)
orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya,
jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada
orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada
orang yang mengumpat.
Inilah orang yang muflis di akhirat nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan