Cari Blog Ini

Selasa, 23 Ogos 2011

zikir

"Siapa yang membaca tiap habis shalat, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, lalu untuk mencukupkan bilangan seratus membaca 'Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir' maka akan diampunkan baginya semua dosa-dosanya meski pun sebanyak buih air laut."
(HR Muslim)

nasihat

‎''Sesungguhnya aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dari kalangan kamu, Bukan juga yang paling sholeh dari kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah bila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikit lah orang yang memberi peringatan''
-Imam Hasan Al Basri-

kawan

‎"Jika engkau tidak ada kawan atau teman yang
baik di sekeliling mu, Maka jangan lah engkau bergaul dengan orang tak
baik kelakuan nya. Jika engkau terasa sendirian diri, maka jadi kan buku
(Kitab) itu sebagai kawan mu kerana buku (Kitab) adalah kawan sebaik²
nya buat kamu." — Sheikh Abdul Kadir Jailani

Ahad, 21 Ogos 2011

doa sembuh sakit

Doa berikut dibaca sebanyak tujuh kali (7X):

أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيْمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيَكَ

"Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan yang menguasai ‘Arsy yang agung agar menyembuhkanmu."

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

"Tidaklah seorang hamba Muslim mengunjungi orang sakit yang belum datang ajalnya, lalu membaca sebanyak tujuh kali .... (doa di atas) … kecuali dia pasti disembuhkan (oleh Allah)."

Sumber: Hadis riwayat at-Tirmidzi, Abu Daud dan lain-lain. Lihat Shahih Sunan at-Tirmidzi 2/210 dan Shahih al-Jami’ 5/180.

Juga doa berikut (bagi mententeramkan jiwa pesakit dengan janji keampunan Allah):

لاَ بَأْسَ طَهُوْرٌ إِنْ شَاءَ الله

"Tidak mengapa, semoga menjadi pembersih (dari dosamu), insya Allah." – Hadis riwayat al-Bukhari bersama Fath al-Baari 10/118.

Isnin, 8 Ogos 2011

kanak2 lm saff dewasa

Ismail Zakaria KANAK-KANAK BERADA DALAM SAF LELAKI DEWASA

Apa yang ingin dijelaskan di sini ialah mengenai hukum kanak-kanak lelaki yang belum baligh dan belum berkhatan berada di dalam saf orang lelaki dewasa. Adakah kehadiran mereka itu merosakkan saf atau fadhilat sembahyang berjemaah dan adakah boleh dikeluarkan mereka itu dari saf tersebut supaya diisikan tempatnya itu oleh lelaki dewasa?

Dalam kumpulan fatwa Imam Ibnu Hajar, menurut qaul yang muktamad, bahawa kanak-kanak lelaki apabila mereka mendahului orang-orang yang baligh ke saf yang pertama, tiada harus (tidak boleh) bagi orang-orang yang baligh itu mengeluarkan mereka dari saf yang pertama itu, kerana kanak-kanak lelaki itu adalah jenis orang lelaki.

Seterusnya Ibnu Hajar menerangkan bahawa bukanlah maksud kanak-kanak lelaki datang dahulu itu sebagai kehadiran mereka terlebih dahulu ke masjid daripada orang dewasa tetapi maksudnya mereka hanya mendahului pada saf yang pertama sekalipun sebelum didirikan sembahyang. Maka pada ketika itu tidaklah boleh diketepikan kanak-kanak lelaki dari saf mereka untuk diberikan kepada lelaki dewasa.

Daripada perkataan Imam Ibnu Hajar di atas ini, apabila kanak-kanak lelaki datang ke masjid dan dia telah duduk di dalam mana-mana saf sembahyang dengan tujuan hendak sembahyang mengikut imam, sama ada sembahyang Jumaat atau sebagainya, maka orang dewasa tidak boleh mengalih dan mengeluarkan kanak-kanak lelaki tersebut dari saf-saf mereka itu.

Adapun hukum kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan yang tidak diketahui adakah dia membersihkan qulfahnya (kulupnya) atau tidak, apabila dia berada dalam saf tersebut, adakah ianya merosakkan saf dan adakah sedemikian itu menghilangkan fadhilat pahala berjemaah, berkata Al-Imam Al-Sayyid Abdullah bin ‘Umar bin Abu Bakar bin Yahya di dalam kitab Bughyah Al-Mustarsyidin:

“Jika ada di dalam saf sesiapa yang tidak sah sembahyangnya seperti ada najis padanya, atau ada lahn (seperti tidak betul bacaan Fatihahnya) atau ada pada saf yang di hadapan orang yang berkeadaan sedemikian, maka tiadalah luput fadhilat (tidak hilang kelebihan pahala) berjemaah ke atas orang-orang yang berdiri di belakang mereka, sekalipun lebih jauh saf mereka dari saf orang yang sah sembahyangnya, sekadar boleh muat seorang berdiri pada masalah yang pertama (iaitu ada najis padanya atau ada lahn) dan lebih jauh dari tiga hasta pada masalah yang kedua (iaitu ada pada saf yang di hadapan orang yang berkeadaan sedemikian). Kecuali, jika orang-orang yang berada pada saf-saf di belakang itu mengetahui akan batal sembahyang orang yang tersebut itu dan sembahyangnya itu tidak sah pada pendapat ulama yang sah bertaklid padanya dan mereka berkuasa mengeluarkan orang-orang yang tidak sah sembahyang mereka itu dari saf-saf mereka dengan tiada takut (apa-apa kemudaratan) ke atas diri atau harta atau nama (apabila mereka mengeluarkan orang-orang yang tidak sah sembahyang mereka dari saf-saf mereka itu). Kerana fadhilat pahala berjemaah boleh diperolehi dengan mengikut seorang imam yang mana makmum tidak mengetahui imam itu berhadas (padahal dia berhadas). Adalah lebih utama tidak mengetahui akan batal sembahyang orang-orang yang dia tidak ada sangkut paut di antaranya dan di antara orang yang batal sembahyangnya itu, dan kerana berjauh-jauh (dari satu saf kepada satu saf) dengan ada suatu keuzuran seperti panas (seperti di Masjid Al-Haram ada saf jauh-jauh dan putus kerana panas terik matahari pada tempat-tempat lapang), tidak meluputkan fadhilat berjemaah. Maka begitu juga di sini (makmum yang batal sembahyangnya berada dalam saf-saf sembahyang) dan kerana dia berhak di tempat itu dengan sebab dia telah datang dahulu serta taklidnya yang mengatakan sah sembahyang dan begitu juga jika dia tidak bertaklid (kepada mana-mana ulama) di atas asas bahawa orang awam itu tiada mempunyai mazhab.

Maka dari itu diketahui, bahawa barangsiapa telah berada di dalam saf, tidak harus (tidak boleh) diketepikan dia itu dari safnya, melainkan jika diketahui sembahyangnya batal dengan ijma‘ ulama, atau dia beriktikad bahawa sembahyang orang itu rosak ketika dia mengerjakan sembahyangnya itu.”

Maka jika didapati kanak-kanak lelaki yang dibawa oleh bapanya duduk dalam mana-mana saf sembahyang dan tidak diketahui kanak-kanak itu sudah berkhatan atau belum, dan tidak diketahui sama ada dia telah membersihkan qulfahnya (kulupnya) atau belum, maka menurut pendapat atau fatwa Al-‘Allamah Al-Sayyid Abdullah bin Yahya yang di atas ini perkara itu tidak meluputkan fadhilat sembahyang berjemaah dan sah sembahyang orang yang berada dekat dengan kanak-kanak itu di dalam saf-saf itu.

Sabtu, 6 Ogos 2011

akhlak mazmudah dan mahmudah

sifat-sifat yang dituntut dalam Islam:
1) Sifat kasih sayang
Rasulullah bersabda:
Maksudnya: "Barang siapa yang tidak mengasihi sesama manusia maka
dia tidak dikasihi Allah." (Riwayat Tirmizi)
2)Simpati pada org lain, timbang rasa atau tolak ansur
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: "Sebaik-baik manusia diantara kamu adalah yang paling
banyak manfaatnya bagi manusia yang lain". (HR Bukhari dan Muslim)
3)malu
4)sukakan ilmu pengetahuan
5) Benar dalam tutur-bicara

6) Benar dalam menepati janji.

7) Bersabar dalam menghadapi dugaan.

8) Bersyukur dengan nikmat Allah.
9) Mengingati mati.



akhlak yang dilarang:-
1)banyak makan
  -boleh menyebabkan hati mati
2)banyak bercakap
  -boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada banyak dosa
3)pemarah
4)dengki
5)kedekut
6)cintakan dunia
7)sombong
8)bangga diri
9)riya'

Jumaat, 5 Ogos 2011

mengumpat

Rasulullah SAW bersabda : "Takutlah ghibah(mengumpat). Ia lebih buruk daripada zina. Lelaki berzina lalu taubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah (mengumpat) sebelum orang yang diumpat itu memaafkannya"

Rabu, 3 Ogos 2011

mohon kemaafan

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah bersabda :

“ Barangsiapa yang didatangi saudaranya yang hendak meminta maaf ,hendaklah memaafkannya,apakah ia berada dipihak yang benar ataukah yang salah, apabila tidak melakukan hal tersebut (memaafkan) niscaya tidak akan mendatangi telagaku (di akhirat). ( HR Al-Hakim )

“Barangsiapa memaafkan saat dia mampu membalas maka Allah memberinya maaf pada hari kesulitan (HR Ath-Thabrani)

“Barangsiapa senang melihat bangunannya dimuliakan, derjatnya di tingkatkan , maka hendaklah dia mengampuni orang yang bersalah kepadanya, dan menyambung (menghubungi) orang yang pernah memutuskan hubungannya dengan dia “ (HR Al-Hakim)

“Jika hari kiamat tiba , terdengarlah suara panggilan, “Manakah orang-orang yang suka mengampuni dosa sesama manusianya?” Datanglah kamu kepada Tuhan-mu dan terimalah pahala-pahalamu .Dan menjadi hak setiap muslim jika ia memaafkan kesalahan orang lain untuk masuk surga.” (HR Adh-Dhahak dari ibnu Abbas Ra)

Fudail bin Iyad berkata : “Jiwa kesatria ialah memafkan kesalahan-kesalahan saudaranya.”

Anas RA berkata : “Ketika Rasulullah shalallahu Alaihi Wassallam duduk diantara kami, tiba-tiba ia tersenyum sehingga nampak gigi serinya ,maka umar bertanya :

”Apakah yang menyebabkan tertawamu Ya Rasulullah ?”

jawab beliau :”Ada dua orang berlutut di hadapan Tuhan Rabbul Izzati. Lalu yang satu berkata :”Aku menuntut hakku yang dianiaya oleh kawanku itu.”

Maka Allah menyuruh orang yang menganiaya :”Kembalikan haknya” .

Orang itu menjawab :”Tiada sesuatupun hasanahku (kebaikanku)”.

Maka berkatalah orang yang menuntut itu :”Suruhlah ia menanggung dosaku”.
Tiba-tiba Rasulullah shalallahu alaihi wasallam mencucurkan airmatanya menangis sambil bersabda :” Sesungguhnya hari itu sangat ngeri, hari dimana tiap-tiap orang ingin kalau orang lain menanggung dosanya. Lalu Allah Ta’ala berfirman kepada yang menuntut :

“Lihatlah keatas kepalamu, perhatikanlah surga-surga itu. Maka ia mengangkat kepalanya lalu berkata : “Ya Tuhan, aku melihat gedung-gedung dari emas yang bertaburkan mutiara, untuk nabi yang manakah?”

Allah menjawab :”Itu untuk siapa saja yang membayar harganya.”

Ia bertanya : “Siapakah yang dapat membayar harganya?”

Allah menjawab :” Engkau mempunyai harganya.”

Ia berkata : “Apakah itu Ya Tuhan?”

Allah menjawab :” Memaafkan kawanmu itu.”

Lansung ia berkata : “Aku memaafkan dia “

Maka Allah berfirman :”Peganglah tangan kawanmu itu dan masuklah kalian berdua ke surga “

Kemudian rasulullah membaca “Fattaqullaaha wa ashlihuu dzaata bainikum , sebab Allah memperbaiki (mendamaikan) antara kaum mukminin dihari kiamat “ (HR Abu ya’la Al Maushili)

Nabi Muhammad Shalallahu bersabda kepada Uqbah ; “Ya Uqbah maukah engkau kuberitahukan tentang akhlak penghuni dunia akhirat yang paling utama? “Apa itu Ya Rasulullah? . “Yaitu menghubungi orang yang memutuskan hubungan denganmu, memberi orang yang menahan pemberiannya kepadamu, memaafkan orang-orang yang pernah menganiayamu “ (HR Al-Hakim dari Uqbah bin Amir Al-Juhani )

Selasa, 2 Ogos 2011

doa mohon keampunan

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

O ALLAH, you are forgiving and love forgiveness. So,forgive me

saat berdoa

Hasrizal Abdul Jamil
Semasa susah, kita sering berdoa kepada Allah kerana Allah yang boleh tunaikan hajat kita. Doa yang berkepentingan. Dan ia tidak salah.

Tetapi doa semasa senang, ialah doa yang diungkapkan semata-mata kerana kita hamba-Nya. Bukan meminta apa-apa, tetapi mengungkapkan rasa syukur dan memohon ditambah kesyukuran. Doa yang tulus dari hati hamba di hadapan Tuhannya...